Search

10 alasan kenapa saya mengembara dan melihat dunia

Updated: Mar 23


1.Saya Nak Lari


Jawapan ini mungkin membuatkan orang mendengarnya merasa pelik. Jelaskan pada mereka yang anda memang sedang lari tapi bukan melarikan diri dari sesuatu atau seseorang. Sebaliknya anda sebenarnya sedang lari mengejar sesuatu! Anda berlari untuk kejar sesuatu yang tak mungkin dapat diganti semula di hari tua bila ditinggalkan di kala masih muda! Untuk mengejar, semestinya saya perlu berlari dengan pantas!


2.Saya Sukakan Dan Pemburu Cabaran


Beritahu pada mereka yang anda cinta pada cabaran dan mahu kutip pengalaman-pengalaman baru di jalanan yang ditempuhi. Pengalaman yang susah didapati selagi diri sendiri terperuk dalam rumah atau bawah tempurung. Dan pengalaman menarik yang pernah dilalui itu anda ingin kongsinya bersama keluarga dan anak cucu.

3. Saya Dah Lihat Yang Bagus, Tapi Saya Ingin Lihat Sesuatu Yang Lebih Baik!


Semakin banyak mengembara, semakin banyak perkara-perkara menarik dapat dikutip. Setiap kali lihat atau lalui pengalaman menarik, setiap kali itu anda inginkan sesuatu yang lebih baik! Yang tak akan buatkan anda berasa puas selamanya! Kerana anda tahu, ada sesuatu yang terbaik berpeluang dirasai oleh setiap orang dalahidup mereka.



4. Saya Mengembara Kerana Saya Tahu Saya Mampu


Kalau ada kemampuan dari sudut kewangan, apa salahnya saya keluar mengembara melihat dunia yang luas ini? Tak semua orang mampu mengelilingi dunia kerana kekurangan dari segi kewangan. Apa salahnya saya nikmati kelebihan yang ada ini dengan cara sebaiknya?



5. Syurga Dunia Ada Di Mana-Mana Dan Apabila Bersama Dengan Orang Baru Yang Anda Kenali


Tiada yang lebih nikmat selain daripada pengalaman menemui rakan-rakan baru dikenali seluruh dunia, mencuba pelbagai jenis makanan dari pelbagai negara dan pelbagai ragam orang yang anda temui.



6. Saya Rasa Sentiasa Terpanggil Untuk Keluar Mengembara


Planet bumi ini besar dan begitu banyak perkara-perkara menakjubkan perlu diterokai. Semua faktor-faktor ini sentiasa memanggil-manggil diri saya untuk segera menuju ke sana! Dunia ini sedang menunggu kehadiran pengembara-pengembara yang mencintai keindahan dunia!



7. Saya Dahagakan Ilmu


Selain menuntut ilmu di sekolah, ilmu juga boleh didapati melalui pengembaraan. Melalui pengembaraan, anda belajar untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Tidak sama menuntut ilmu di sekolah dengan menuntut ilmu di jalanan. Jauh pengembaraan, luas pengalaman dan ilmu. Sedang Nabi berkata, carilah ilmu walau sampai ke negera China


8. Saya Mahu Selangkah Lebih Baik Dari Orang Lain


Mengembara menjadikan diri saya lebih baik dan perbaiki diri. Interaksi dengan dunia dan orang-orang sekeliling menjadikan anda sedar tentang kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Saya mahu menjadi lebih baik dan sentiasa belajar dari kesilapan.


9. Saya Ingin Menikmati Dunia Ini Sebelum Terlambat


Dunia ini sedang diancam kemusnahan. Semakin hari, keindahan dunia semakin terpupus dengan pembangunan yang berkembang pesat. Saya ingin nikmati dunia yang indah ini sementara keindahannya masih wujud dan selagi saya bernafas.  


10. Tiada Tempat Lebih Baik Dari Rumah Sendiri


Walau sejauh mana pun saya pergi, saya masih menganggap rumah di kampung dan tanah air saya terbaik di antara tempat-tempat terbaik yang saya pernah kunjungi.

7 views

Lets Get in Touch!

Contact

Dr Hjh Azuraida Shahadan

Akademi Minda by DrAzu Training Academy & Consultancy

Suites 3-10, 3rd Floor North Block The AmpWalk Jalan Ampang

55000 Kuala Lumpur

Email: dr.azuraidaacademy@gmail.com

  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon

Proudly Designed by XnR Technologies Sdn Bhd