top of page
Image by Camylla Battani

BUKU PANDUAN KEHAMILAN: Alhamdulillah, HAMIl!

"Mak mertua cakap, kalau hamil jangan minum air tebu atau makan jambu batu, nanti akan keguguran bayi dalam kandungan! Eh Betul ke? Lepas tu katanya, selepas bersalin kena berpantang selama 44 hari tak boleh keluar rumah, makan pun kena bertapis. Ala, peninglah kepala. Betul ke?"

 

Selalu  luahan   ini  keluar  daripada   mulut  wanita   hamil  di Malaysia,   terutama   sekali  bagi  yang hamil  anak  pertama.

 

Proses kehamilan tidaklah sesukar yang digambarkan jika ia dilengkapi  dengan  ilmu  dan  pengetahuan  sebenar  mengikut kajian sains dan perubatan. Apa yang menjadikannya sukar adalah  mitos  atau  kepercayaan  yang  diambil  dari  zaman  ke zaman dan akhirnya dijadikan kepercayaan.

​

Alhamdulillah,  Hamil! merupakan sebuah buku panduan dan catatan  kehamilan  yang  mudah difahami, padat  dan  ringkas yang  menghuraikan banyak  persoalan  mengenai  kehamilan, apa yang boleh dilakukan, dan apa yang tidak dibenarkan.

 

Ia merungkai persoalan antara mitos dan realiti, 
mendedahkan antara punca terjadinya  keguguran atau lahirnya  bayi kurang sifat  atau  upaya  
(seperti  celebral  palsy  &  syndrome  down) serta menerangkan mengenai pemakanan,do and don't kehamilan, fasa kehamilan dan labor yang mungkin selama ini menjadi persoalan di kalangan wanita  hamil  dan  pasangan.

 
Terdapat  juga  susunan  nama- nama pilihan  untuk si manja  tersayang  sebagai  panduan  dan rujukan! 
 

Hamil3.JPG

01

PANDUAN LENGKAP FASA KEHAMILAN

Buku ini menerangkan mengenai fasa-fasa lengkap kehamilan bermula dari minggu pertama kehamilan sehingga bayi dilahirkan, lengkap dengan perubahan diri dan hormon yang akan berlaku ke atas tubuh badan si ibu dan anak!

02

BUKAN SEBARANG BUKU

Buku ini pernah mendapat liputan daripada pelbagai pihak dan media massa seperti Berita Harian, Sinar Harian, Majalah PA & MA dan Harian Metro. Ia nya merupakan satu-satunya buku yang menerangkan secara jelas antara MITOS dan REALITI kehamilan, serta beberapa perkara yang BOLEH vs TIDAK BOLEH dilakukan semasa hamil, yang selama ini sering menjadi persoalan umum.

WhatsApp Image 2021-05-18 at 5.01.35 PM.
WhatsApp Image 2021-05-18 at 5.04.52 PM.

03

RAMAI YANG TELAH MEMILIKI TERMASUKLAH DATO SRI SITI

Buku ini pernah dihadiahkan kepada Dato Sri Siti Nurhaliza, Miss Fazura, Anim Ezati, Mawar Rashid, dan ramai lagi!

04

BUKU HARI KESIHATAN SEDUNIA 2019

Buku ini pernah diedarkan sebanyak 1000 unit semasa HARI KESIHATAN SEDUNIA di Karnival 3W (Welness, Welfare, Women) dan disokong oleh YB Dr Siti mariah Mahmud, dan Majalah PA & MA

WhatsApp Image 2021-05-18 at 5.08.47 PM.
bottom of page